Latihan Word Search

15 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2024 ( Sabtu ) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Word Search Latihan ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 6 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 12 tahun.

Pada permulaan sesi, kelas dimulakan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak. Kemudian peserta perlu mencari perkataan tersembunyi di website www.wordsearch.com. Dalam permainan ini peserta harus menemukan semua kata/istilah yang tersembunyi didalam kotak huruf yang disediakan.Strategi umum yang digunakan oleh peserta untuk menyelesaikan permainan word search puzzle ini adalah dengan mencari huruf pertama dari perkataan yang dicari bagi memudahkan pencarian mereka.

Kesannya, ia dapat meningkatkan daya focus mereka dengan memerhatikan setiap perkataan yang dicari dan dapat mempelajari kosakata yang baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas